12 February 2022

"SUDILAH UNDI SUPAYA SAYA MASIH BOLEH BELAJAR... SAYA MAHU LAMA LAGI" - IQBAL TAK JADI UNDUR?



"Terima Kasih, ternyata saya tidak keseorangan. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage. Setelah apa yang terjadi, saya mendengar suara suara semangat yang tidak mahu saya terus mengalah. Saya mahu lama lagi di dalam ini bersama kalian. Tolong doakan saya. Senang bekerjasama dengan kalian semua.


"Teman saya semua, tolong doakan esok saya lakukan yang terbaik. Sebaik yang boleh saya lakukan. Saya bawa semangat baru kerana sokongan dan kata semangat dari kalian. Sudilah undi saya supaya saya masih boleh belajar di pentas Big Stage," kata usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Iqbal berkata, selepas apa yang berlaku, dia mendengar suara-suara semangat yang tidak mahu dirinya terus mengalah. Oleh itu, Iqbal berkata dia kembali dengan semangat baru dan berharap agar ada yang sudi mengundi supaya dapat terus belajar di pentas Big Stage.

Klik untuk gambar besar


Hantaran tersebut sekaligus menolak spekulasi kononnya Iqbal bakal menarik diri daripada pentas Big Stage minggu ini. Terdahulu Iqbal mengakui terkesan dengan tohmahan yang dilempar terhadapnya, dan menjelaskan akan mengundurkan diri daripada program tersebut.

"Saya akan mengundurkan diri, jangan risau. Untuk minggu kedua nanti, kemungkinan besar akan menjadi minggu terakhir saya berada di pentas BS3. Biar apa yang terjadi, saya hanya ingin selesaikan tanggungjawab sahaja," ujarnya dalam satu hantaran Instagram sebelum ini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: