"Kelakar tengok ramai DM & comment kat gambar saya, body shaming, hina rupe saya, siap maki bagai.. ape la, korang bagi pahala free kat saya.. Alhamdulillah.. walau saya buruk macam ni pun, janji saya happy.. Syukur atas pemberian Allah.. Saya tau awak semua perfet tak macam saya buruk, jeles I," ujar bekas menantu cef selebriti terkenal, Chef Wan iaitu Shikin Maembong.
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kemelut antara Chef Wan dan bekas menantunya itu yang menghantar surat saman malu sebanyak RM1 juta dek kerana menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suaminya, Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arriana Natasya.
Susulan isu itu, kakak kepada pelakon Emma Maembong itu dikecam teruk oleh netizen malah dilempar kata-kata negatif yang diterima menerusi mesej peribadi. Menerusi paparan mesej dikongsikan oleh Shikin, ada netizen yang menghina fizikal Shikin. Bukan itu sahaja, ada juga yang memanggilnya menantu dari neraka.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Shikin dilihat tidak melenting, malah tenang berdepan kecaman netizen itu apabila meluahkan rasa hatinya dengan mengatakan mereka yang menghinanya beri pahala percuma kepadanya.
Terdahulu, Shikin menghantar surat saman malu kepada bapa mertuanya berkutan Chef Wan menegurnya secara terbuka gara-gara pertelingkahan dengan bekas suaminya, Chef Riz berhubung soal anak mereka, Putri Arriana Natasya.
________________________
No comments:
Post a Comment