24 February 2022

BILA AZMI SAAT KONGSI KISAH BERDEPAN SOALAN ISTERI TENTANG KAHWIN LAIN



"Isteri bertanya, kalau saya kahwin baru, adakah saya akan ceritakan keburukannya. Saya katakan tidak pernah terfikir hal tersebut, dan kemudian dia minta fikirkan sekarang.


"Saya kata isteri baru akan cemburu kerana saya selalu memuji dia (isteri pertama). Kemudian isteri saya tanya, kenapa nak kahwin baru? Soalan apakah ini? Tanda-tanda apakah ini? Benarlah perempuan bukan makhluk bumi," cerita penyanyi Azmi Saat, 35, apabila berdepan soalan isteri berhubung kahwin lain.

Sudah menjadi perkara biasa bagi pasangan suami isteri untuk berborak dan bercerita tentang sesuatu perkara sebelum melelapkan mata. Namun perkongsian tentang perbualan biasa antara Azmi dengan isterinya menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai respons pengguna di laman sosial Facebook.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian berkenaan hingga ada yang menyimpulkan bahawa situasi berkenaan menggambarkan kaum wanita sentiasa betul dalam setiap perkara. Perkara ini juga sering menjadi bualan dan gurauan ramai pasangan berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, ada juga netizen yang turut berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Jangan la jawab soalan macam ni. Kami (isteri) tetap betul. Kalian tetap salah. Suami saya bang selalu malas nak jawab soalan saya. Sebab apabila dah bertanya, akan bermula la penyiasatan macam dalam guard room.

"Azmi patut jawab, abang tak boleh jawab selagi belum tempuh. Kalau abang dah tempuh mungkin abang boleh jawab soalan tu. Kalau abang fikir tanpa tindakan mungkin awak akan fikir saya reka cerita. Jadi saya perlu nikah dahulu baru saya boleh bagi tahu sinopsis," komen netizen.

Untuk makluman, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu mendirikan rumah tangga dengan Naziah Muhammad pada tahun 2011. Penantian pasangan ini menantikan kelahiran cahaya mata pertama diakhiri dengan kisah duka apabila anak sulung Azmi meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan pada September tahun lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: