"Terima kasih atas semua perhatian nya dengan Tya. Teguran kalian Tya anggap adalah rasa sayang dari kalian. Ya, Tya masih belajar untuk jadi yang lebih baik. Apapun itu, Tya bersyukur masih banyak orang yang peduli dan perhatian dengan Tya," demikianlah tulis menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin.
Kata-kata Tya itu susulan perkongsiannya yang menjadi perhatian ramai apabila memaparkan dirinya memakai tudung gaya lilit belakang serba putih sehingga mengundang kecaman. Netizen mendakwa dia menggayakan tudung seolah-olah biarawati.
Malah, ada juga yang membandingkan cara pemakaian Tya itu dengan kakak iparnya iaitu pelakon Izara Aishah yang diilihan lebih sopan. Netizen turut memberi teguran agar memakai tudung mengikut syariat Islam dan jangan mengikut fesyen semata-mata.
Dek kerana itu, Tya berkata, dia menerima teguran diberikan dengan hati terbuka. Ujarnya, dia masih belajar untuk menjadi lebih baik serta berasa bersyukur kerana ramai yang mengambil berat tentang dirinya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment