24 February 2022

AKHIRNYA SHILA AMZAH PULANG KE RUMAH SENDIRI



Rumah tangga penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias nampaknya sudah dua minggu menemui titik noktah, selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung.


Terkini, Shila dilihat ada memuat naik gambar menunjukkan tangga yang menjadi penghubung tingkat atas dan bawah. Dalam hantaran lain, Shila turut ada memuat naik video memaparkan mainan miliknya anaknya yang bersepah.

Diruangan komen ada netizen bertanyakan adakah ruang tersebut di rumahnya di Cyberjaya. Menjawab pertanyaan daripada netizen, Shila mengiyakan sekaligus mengesahkan dia sudah pulang ke rumah miliknya itu.

Melihatkan jawapan daripada penyanyi itu rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta mendoakan kesejahteraan buat Shila.

Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: