23 February 2022

AL-FATIHAH - NENEK ALIFF AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz atas pemergian neneknya, Rahmah Ismail yang meninggal dunia pagi tadi. Aliff menerima berita duka itu selepas beberapa hari pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.


Tambah penyanyi kelahiran Singapura itu lagi, arwah neneknya yang tinggal di Singapura itu merupakan seorang yang penyayang dan sepanjang hayatnya, dia banyak berkhidmat membawa jemaah mengerjakan umrah dan haji sewaktu muda.

"Pagi ini, nenda saya Hajah Rahmah Ismail telah kembali ke rahmatullah. Saya selalu cucu pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



"Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan atas segalat ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba. Semoga Baba tenang di sana, amin," tulis penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu.

Bagaimanapun, Aliff tidak berkongsi lanjut tentang punca kematian neneknya. Aliff setakat ini masih menjalani kuarantin bersama isterinya, pelakon Bella Astillah selepas tiba di tanah air minggu lalu.

Pasangan suami isteri itu mengerjakan ibadah umrah bersama ibu bapa Bella dan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari lalu. Pemergian pasangan itu ke sana buat pertama kali turut menyaksikan Aliff berpeluang menyambut hari lahirnya yang ke-31 pada 16 Februari lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: