Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi satu video dimana dia telah menerima hadiah set gelang bertatahkan berlian daripada madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sempena hari kelahirannya dua tahun lalu.
Dalam hantaran tersebut, Zarina yang sudah hampir 28 tahun hidup bermadu itu mengucapkan terima kasih kepada madunya di atas hadiah itu, Zarina berkata dia terlalu sayang untuk memotong gelang berkenaan.
"Terima kasih maduku Datin Sri Noorhasimah bagi hadiah set berlian. Sebenarnya gelang ni dah lama dah saya dapat masa birthday saya 2 tahun lepas. Saya sayang nak potong. Saya simpan lama-lama, suami saya kata tak baik simpan lama-lama kakak dah bagi tu pakailah," katanya.
Kata Zarina, lebihan potongan gelang tersebut dijadikan sebagai cincin. Ujarnya lagi, dia tidak gemar memakai barang kemas dan lebih suka memakai jam jam tangan. Namun hanya akan memakai barang kemas jika ada acara majlis sahaja.
Klik untuk gambar besar
"Saya ni bukan jenis suka barang kemas. Saya rimas lagipun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan. Saya pakai bila semalam ada function tu je. Kalau jam saya suka.
"Terima kasih Datin Sri barang mahal-mahal ni takut nak pakai. Madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis. Saya bila pakai syok sendiri je," tuturnya.
Sebelum ini, Zarina mendedahkan dia sangat menyanjungi dan sangat kasihkan madunya yang banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar.
________________________
No comments:
Post a Comment