03 February 2022

MUAT NAIK FOTO ANAK - FIZO OMAR DIMINTA NETIZEN SUPAYA BERHATI-HATI



Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda Fizo Omar yang sebelum ini hangat diperkatakan mengenai percutian pelakon itu apabila tular gambar anaknya, Wan Maryan dilihat berseorangan di sebuah taman tema.

Bagaimanapun, Fizo menafikan dakwaan dia mengabaikan anaknya itu serta menyifatkan dakwaan tersebut tidak masuk akal. Katanya lagi, dia tidak akan mengabaikan Maryam apatah lagi Maryam sememangnya rapat dengannya.

Terbaru, Fizo dilihat ada memuat naik gambarnya bersama ibu, isteri iaitu Fazeera Nazri dan anak perempuannya di media sosial dengan kapsyen ringkas emoji love dan tarikh 2.2.22. Difahamkan, Fizo sekeluarga berada di sebuah restoran di Bentong, Pahang.

Klik untuk gambar besar



Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen meminta pelakon itu supaya lebih berhati-hati. Malah, ada yang meminta supaya pastikan Maryam tidak berseorangan kerana ada banyak mata-mata yang memerhati dan bimbang jika isu sama berulang.

Terdahulu, Mawar Karim ada memuat naik perkongsian di Insta Story memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah seperti ditayang di media sosial. Malah, Mawar turut kecewa apabila anaknya itu menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: