03 February 2022

KES GANGGUAN SEKSUAL USTAZ EBIT LEW - SIASATAN KINI DI PERINGKAT AKHIR



Siasatan ke atas kes gangguan seksual yang membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kini sudah berada di peringkat akhir dan akan diserah kembali kepada Pejabat Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kertas siasatan sebelum ini sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"Bagaimanapun, kita menerima semula kertas siasatan itu dan ada beberapa penambahan yang akan dilakukan. Kita akan segera menyelesaikan kertas siasatan berkenaan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit Lew, 37, dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Klik untuk gambar besar



Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit Lew dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit Lew ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu adalah fitnah kejam ke atas dirinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: