04 February 2022

SEKALI LAFAZ - USOP KINI SAH SUAMI NUR FATIHAH



Alhamdulillah... dengan sekali lafaz, akhirnya penyanyi dan Usop Mentror telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah pada 10 pagi tadi.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim meluahkan rasa syukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Penyanyi lagu 'Sejarah Cinta Ku' itu mahu menjadi suami yang terbaik buat isterinya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

"Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Klik untuk gambar besar



"Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan," katanya.

Majlis akad nikah pasangan ini diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut, pihak perempuan memberikan sembilan dulang, berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: