04 February 2022

POSITIF C0V1D KALI KEDUA - NABILA RAZALI MOHON MAAF TERPAKSA BATAL KERJA 10 HARI



"Assalamualaikum WBT, dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus C0V1D buat kali yang kedua. Banyak kerja terpaksa saya tangguh/ batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dgn berita ini.

"Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. C0V1D is real guys and it's still out there. Stay safe," demikian kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang memaklumkan dirinya dijangkiti virus C0V1D buat kali kedua pada Jumaat.

Berita sedih itu dikongsikan oleh penyanyi lagu 'Peluang Kedua' ini menerusi laman Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, penyanyi berusia 29 tahun ini turut memberitahu dia terpaksa menangguh dan membatalkan kerja sepanjang tempoh 10 hari.

Klik untuk gambar besar



Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali juga memohon maaf kepada semua pihak penganjur dan sesiapa yang terkesan dengan berita tersebut.

Rata-rata peminat serta rakan selebriti mendoakan agar pelakon drama 'Seindah 7 Warna Pelangi' itu segera sembuh. Untuk makluman, Nabila pernah disahkan positif C0V1D sekitar April tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: