"Alhamdullillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
"Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menajadi anak yang soleh. Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah.
"Taat kepada umi kerana iannya Perintah Allah yang selamanya. Taat Allah sepenuhnnya berbuat baik pada ibu bapa. Tinggi kedudukan ibu bapa dalam hidupMu.
"Jangan melawan (jika tidak ada yang bertentangan dengan agama). Cakap baik baik kepada abah umi. Kasihani abah umi sperti mana abah umi kasih pada mu. Redha Allah ada pada redha ibubapa dan kemarahan Allah pd keduanya jua.
"Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada Awal waktu / solat pda waktunnya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu abah.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdullillah Allah hadirkan InsyaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh tu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus.
"Semoga Anak abah jadi orang yang baik InsyaAllah. Baru aku tahu macamana umi abah aku sayang padaku. Terima kasih Allah atas peluang ini.
"Dah jadi bapak bapak dah pulok. Cepat dunia berlalu," itulah tulis suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, pendakwah bebas dan pelakon PU Riz menerusi laman Instagram miliknya dimana dia menitipkan pesanan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.
________________________
No comments:
Post a Comment