04 February 2022

ARIFF BAHRAN DISAHKAN POSITIF - RISAU ISTERI & KELUARGA



"Semalam badan saya rasa lemah dan demam. Jadi, saya buat ujian C0V1D di rumah dan mendapati saya positif virus itu. Kemudian kira-kira jam 4 pagi saya ke klinik untuk membuat ujian saringan RTK-Antigen dan keputusan mendapati saya positif C0V1D. Saya mungkin dijangkiti virus ini di lokasi penggambaran kerana sekarang ini sibuk menjalani penggambaran.

"Setakat ini saya mengalami demam panas dan sedang menjalani kuarantin di bilik studio di rumah saya. Saya tak nak merisikokan nyawa sesiapa," kata penyanyi dan pelakon Ariff Bahran yang memalumkan dia telah disahkan positif C0V1D selepas mengalami sakit tekak, selesema dan demam, semalam.

Ariff berkata, sebaik mendapati dirinya positif selepas dua kali melakukan ujian C0V1D menggunakan RTK Antigen Saliva, dia ke klinik berhampiran untuk pengesahan. Menurut Ariff, dia bimbangkan keadaan isteri, ibu bapa dan seluruh ahli keluarganya yang menjadi kontak rapat.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum ini, saya dan seluruh keluarga menyambut ulang tahun kelahiran ayah saya. Jadi, saya amat risaukan kesihatan mereka ketika ini. Selain itu, saya juga risau dengan keadaan rakan-rakan artis serta kru produksi yang terbabit dalam penggambaran dengan saya.

"Harapnya individu yang saya temui beberapa hari ini berada dalam keadaan yang baik dan melakukan ujian saringan dengan segera," ujarnya yang akan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: