29 March 2022

AKHIRNYA DIRAIKAN SELEPAS SETAHUN NIKAH ONLINE - YANA ALYAHYA AKUI BANYAK KALI NAK 'GIVE UP'



"Jad dan saya bernikah secara online tahun lalu ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua diumumkan. Semua persiapan seperti door gift, lokasi sudah pun disahkan tapi disebabkan lockdown, semua benda tertunda.


"Saya tak tipu, banyak kali dah saya putus asa... tak payah buat resepsi, tapi keluarga yang mahu adakan juga dan saya bersyukur mereka tetap teruskannya," ujar pelakon filem 'Mukhsin', Yana Alyahya yang akhirnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi perkahwinannya dengan suami, Jad Hanif Jimmy selepas setahun mereka diijabkabulkan dalam satu acara pernikahan secara atas talian.

Kata Yana atau nama sebenarnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Alyahya, 26, dia hampir putus asa untuk mengadakan majlis persandingan itu namun bersyukur kerana akhirnya ia tetap diakan oleh keluarganya.

Klik untuk gambar besar



Adik kepada pelakon Sharifah Amani dan Sharifah Aleya itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama suami lengkap dengan busana putih di majlis persandingannya.

Tambah Yana, dia bukan seorang yang pentingkan kemewahan, apa yang penting di hari persandingannya adalah semua yang hadir gembira dengan makanan yang disediakan.

"Saya bukan seorang yang mewah dan suka barang yang mahal dalam hidup ini. Apa yang penting tetamu yang saya sayangi gembira dengan makanan yang disediakan.



"Saya harap saya dapat adakan majlis yang lebih besar untuk menjemput lebih ramai tetamu tapi semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

"At the end of the day, I walked down the aisle holding the hands ofthe man of my dreams and had all the important people in my life cheer me on. Alhamdulilahhhh," tulisnya lagi.

Untuk makluman, pasangan ini bernikah pada Januari 2021. Ia berlangsung di kediaman keluarga pelakon itu turut disertai ahli keluarga pengantin lelaki secara atas talian yang menetap di Kuching, Sarawak.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: