28 March 2022

"NAK KETAWA PUN ADA JUGA "- SAFIEY ILIAS DEDAH RAMAI KATA SUARANYA LEBIH SEDAP DARI VIDA & IQBAL



"Netizen pernah tanya Cikgu Shafi apabila Iqbal Zulkifly menjadi peserta program itu. Saya ada baca komen yang mana agak terkejut apabila nama saya di 'tag' oleh warganet di ruangan komen di Facebook, Instagram dan YouTube.


"Nak ketawa pun ada juga. Sebab mereka komen suara saya sedap dalam lagu 'Syinta Gila' hasil tunjuk ajar Cikgu Shafi. Kalau nak tahu, saya ikut hampir lapan sesi sebagai persediaan sebelum merakamkan lagu itu. Tak bolehlah setakat berlatih satu atau dua sesi dan terus nak bertanding dalam program nyanyian hebat.

"Masa itu mungkin orang tak ambil kisah sangat saya belajar dengan siapa. Tapi bagi saya yang memang 'zero' ilmu nyanyian, saya tahu saya tak reti, jadi saya rela berlatih dan ambil kelas.

Klik untuk gambar besar



"Jadi selepas Iqbal tersingkir, baru agaknya netizen perasan Cikgu Shafi yang ajar saya vokal dulu," itulah kata usahawan kosmetik, Safiey Ilias apabila ramai membandingkan nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan dirinya dalam lagu 'Syinta Gila' dan 'Apa Salah Syinta', dianggap jauh lebih baik.

Kemunculan Vida menerusi lagu 'Ku Ikhlaskan' itu mendapat kritikan dan kecaman terutama dari segi kualiti vokal ketika membuat persembahan di pentas Big Stage, Ahad lalu.

Safiey berkata, dia mengikuti kelas vokal Shafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shafi juga guru vokal program Akademi Fantasia dan Big Stage 2022.


Menurut Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 26, adalah tidak adil jika mahu membuat perbandingan vokal antara dirinya dengan Vida atau Iqbal.

"Kami bukan penyanyi, tapi kami cuba untuk menyanyi. Jika ada banyak kekurangan adalah wajar. Cuma, apa boleh dibuat adalah belajar, cari inisiatif dan jangan sekerat jalan. Kalau boleh janganlah bandingkan kami. Lagipun, lagu kami genre berbeza.

"InsyaAllah, saya pun ada perancangan nak teruskan belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi. Bagi saya, ia satu terapi dan dapat menghilangkan rasa tekanan. Saya seronok. Cikgu Shafi pun banyak membantu," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: