28 March 2022

SAMBUT HARI LAHIR ANAK SULUNG KE-19 - ABBY ABADI IMBAU KISAH ORANG KAYA DUBAI AJAK KAHWIN



Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim telah menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim yang kini berusia 19 tahun. Abby dan Norman telah berkongsi video sekitar sambutan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.


Apa yang menjadi perhatian, menerusi entri itu, Abby turut mengimbau semula memori sewaktu bergelar ibu tunggal ketika pada awal perpisahan dengan bekas suaminya, Norman Hakim.

Menurut Abby, ketika itu ramai yang mahu berkenalan dengannya, malah ada lelaki kaya di yang menetap di Dubai turut mengajaknya berkahwin.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Abby berkata dia tidak mengambil keputusan terburu-buru serta turut berseloroh jika dia menerima lamaran tersebut pasti anak-anaknya sudah jadi orang kaya Dubai.

Dalam pada itu, Abby menyifatkan perancangan Allah adalah yang terbaik serta meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk melihat anak-anaknya membesar.

"Antara yang tak buleh lupa, ada orang kita yang dah kaya raya duduk di Dubai nak berkenalan/ajak kahwin.. anak saudaranya cadangkan. Saya tak nak sebab tak taste dengan orang berusia. Tapi, bayangkan kalau jadi dulu. Jadi orang kaya Dubai dah anak-anak ni & tak jumpa dah dengan papanya ni. Nasib mamanya tak gila harta haha.



"Apapun, perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur Allah masih panjangkan umur kami lagi untuk melihat anak-anak ini membesar. Bahagia mereka ada mama, abah, papa, mummy," katanya.

Untuk makluman, selain Mohamed Danish Hakim, Abby dan Norman turut mempunyai tiga orang anak lain, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim hasil perkahwinan mereka sebelum bercerai.

Norman turut mempunyai cahaya mata bersama pelakon Memey Suhaiza iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: