"Sejujurnya, saya juga tidak kisah tentang material (harta benda). Cinta sejati susah untuk diraih, kita cuma boleh berharap untuk menemuinya sekali dalam hidup atau mungkin tidak akan dapat.
"Perkara paling penting ialah tidak meletakkan jangkaan terhadap pasangan. Jangkaan hanyalah satu syarat untuk mencintai seseorang. Cinta sebenar tiada syarat.
"Saya hanya inginkan seseorang lelaki yang menerima dan melihat diri sebenar di sebalik kemasyhuran yang dimiliki," demikian kata pelakon Intan Najuwa yang mahukan pasangan yang menerima diri seadanya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Intan, dia mahukan pasangannya itu menerima dirinya yang sebenar bukan kerana sebagai selebriti yang dikenali ramai. Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun itu berkata dia tidak kisah tentang harta benda serta tidak meletakkan sebarang syarat dalam setiap hubungannya.
Perkara tersebut dikongsi selepas Intan Najuwa diajukan soalan oleh pengikut Instagramnya mengenai sasarannya dalam sebuah hubungan cinta.
________________________

No comments:
Post a Comment