29 March 2022

"KECOH FITNAH SAYA LETAK MINYAK MAYAT PADA DSV... RASA NAK MARAH TAPI KENA SABAR" - IQBAL



Baru-baru ini, nama usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli kembali hangat diperkatakan apabila tular video yang memaparkan dia mendekati Datuk Seri Vida (DSV) pada konsert akhir Big Stage 2022 Ahad lalu, sehingga mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.


Menerusi video tersebut, gerak tubuh Vida seolah menunjukkan dia kelihatan tidak selesa apabila Iqbal, 28, menghampirinya di tempat duduk presiden netizen di hadapan pentas. Lebih panas apabila netizen mendakwa Iqbal yang juga bekas peserta Big Stage 2022 itu cuba meletakkan minyak pengasih kepada Vida.

Enggan berdiam diri, Iqbal tampil menafikan dakwan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah. Menjelaskan tentang situasi pertemuannya dengan Vida, Iqbal berkata dia sebenarnya mahu bergambar dengan bekas kekasih tak jadinya itu, selain berhasrat untuk menunjukkan cincin pemberian Vida namun permintaan ditolak penyanyi lagu 'Ku Ikhlaskan' itu.

"Kecoh fitnah saya letak minyak mayat pada DSV. Rasa nak marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu apabila orang kata saya letak minyak perahan daripada mayat. Letak minyak dagu dekat DSV.

"Orang-orang macam ini mungkin rasa bangga apabila ia viral, bangga fitnah orang. Dan keturunan saya tak ada main benda itu. Tapi tak apa, saya tak kisah pun, teruskanlah saya tidak simpan dalam hati pun," katanya.

Dalam pada itu, menerusi Instastory, Iqbal turut memuat naik paparan skrin komen yang mengatakan dia mengejar Vida ketika usahawan itu mahu pulang.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya DSV memang tak nak jumpa dia. Tiba-tiba dia datang dekat DSV. Masa nak balik pun dia kejar kami, tapi kami lari. Nak viral la tu," tulis individu pada komen berkenaan.

Kata Iqbal, dia sanggup menebalkan muka untuk mengejar Vida kerana ingin meleraikan krisis antara mereka. Iqbal menegaskan tindakannya itu bukan disebabkan mahu mengejar populariti malah dia kini sibuk menerima banyak tawaran program TV dan drama.

"Ini kenyataan daripada PA DSV. Tidak mengapalah, saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya. Tidak mengapa orang tertawakan saya. Saya cuma mahu leraikan krisis yang berlaku dan mahu naturalkan keadaan sahaja. Apakah kerana saya sudah sendu?

"Tidak sama sekali. Ada ketika saya cuma tidak mahu aktif di media sosial. Hakikatnya setiap hari saya terlibat dengan empat program TV. Drama pun saya dapat tiga tawaran lagi sekarang. Kita tak memikirkan tentang populariti lagi," ujarnya.

Sebelum ini, konflik membabitkan Iqbal dan Vida semakin berlarutan apabila jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa lagu dan video muzik (MV) 'Ku Ikhlaskan' ditujukan kepadanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: