18 March 2022

AL-FATIHAH - BAPA PU AZMAN DIJEMPUT ILAHI



Pendakwah bebas, pelakon dan pengacara, Pencetus Ummah (PU) Azman menerusi muat naik di laman Instagram telah berkongsi berita duka dimana bapanya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin.


"Ayah Cik Man baru minggal sebentar tadi (Isnin). Doa kan dia ye," tulis PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man ringkas.

Dikesempatan itu juga, Cik Man turut menyeru kepada semua untuk sama-sama mendoakan semoga arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan para solihin.

Dalam pada itu, pelakon drama '4 Abdul' ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah hadir dan membantu menguruskan jenazah bapanya itu.

Klik untuk gambar besar



"Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikkan. Terima kasih banyak kepada yang datang bantu uruskan jenazah ayah Cik Man, yang datang ziarah dan mendoakan. Semoga segala doa kebaikkan itu kembali semula kepada si pendoa," kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Cik Man.

Pada Januari lalu, Cik Man sempat berkongsi momen indahnya bersama arwah bapa sewaktu menyambut hari kelahirannya di kampung.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: