18 March 2022

"DOAKAN BAIK-BAIK SAJA... SAYA CUBA SELESAIKAN MANA YANG TERBAIK" - ISTERI SHUK PILIH 'KUNCI MULUT'



"Berkenaan saya pergi mahkamah dan dengan siapa saya pergi itu, saya rasa biarlah saya seorang saja yang tahu. Doakan yang baik-baik saja. Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu macam mana la saya hadap.


"Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak," demikian ujar isteri kepada pelwak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera yang memilih untuk 'mengunci mulut' mengenai tujuan dia ke mahkamah dan identiti lelaki dalam kereta tersebut.

Baru-baru ini, perkongsian video memperlihatkan isteri Shuk berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Khamis mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar



Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil membawa sebuah fail.

Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang dalam video itu berbunyi, 'aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya' menimbulkan spekulasi mereka sudah berpisah.

Malah, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera dalam video berkenaan.



Sementara itu, Sera yang kini bergelar usahawan itu turut memberitahu dia tidak mahu orang lain mengetahui apa yang dilaluinya. Malah, Sera mahu mengambil apa yang berlaku secara positif dan menyelesaikan masalah dengan sebaik yang mungkin selain ingin mengutamakan dirinya dan anak-anak.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali 'kantoi' berlaku curang terhadap isterinya dengan wanita bernama Farah Salleh. Status rumah tangga Shuk dan Rossa masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: