18 March 2022

REDA DIKURNIAKAN 'ANAK SYURGA', MARYAM TAHIRAH - FAIZAL TAHIR CERITA KISAH BAYINYA 'DOWN SYNDROME'



Penyanyi Faizal Tahir menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video dimana dia mendedahkan anak ketujuhnya yang diberi nama 'Maryam Tahirah' berdepan beberapa masalah sejak dalam kandungan sebelum disahkan menghidap 'Down Syndrome'.


"Qadarullah wamaa syaa'a fa'al - "Ini adalah takdir Allāh, dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan." Alhamdulillah Alhamdulillah," demikianlah kaspyen yang ditulis Faizal pada video tersebut.

Bersyukur isteri selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Disember tahun lalu, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, berkongsi kisah dimana doktor memaklumkan kepadanya dan isteri bahawa bayi mereka mempunyai masalah jantung sehingga terpaksa dibedah selepas dilahirkan.

"Maryam ini anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah... yang sangat-sangat special kepada saya. Di mana Maryam ini sewaktu dia dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa masalah dan komplikasi. Mula-mula itu jantung, kemudiannya disahkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF).

Klik untuk gambar besar



"Campuran darah dan oksigen tak cantik, tak bagus apa semua. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu dah dapat tahu memang nak kena operate jantung dia selepas lahir," kata penyanyi berusia 43 tahun itu.

Sudah bersiap sedia daripada segi mental, fizikal dan kewangan, Faizal memberitahu doktor turut mengesan masalah lain dalam perut bayi mereka yang turut dikaitkan dengan masalah jantung. Sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu mengidap penyakit 'Down Syndrome' atau disebabkan mempunyai dua komplikasi tersebut.

"Kami pun dah kena prepare untuk itu, mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan lepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada masalah lain dalam perut. Ada double bubble (Duodenal atresia) dalam perut dia. yang membuatkan dia masalah nanti nak makan semua.



"Bila doktor kesan benda ni, dan dikatakan kait pula dengan masalah komplikasi jantung tadi, doktor nak beritahu agak berat. Dia kata saya perlu periksa, periksa betul-betul untuk isteri saya sebab kemungkinan besar apabila ada dua komplikasi ini ada Down Syndrome. Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu la sahlah memang Down Syndrome," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Ragaman' ini tetap reda dan menerima baik anugerah yang Allah berikan kepada dia dan keluarganya: "Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi. Saya tak ada rasa macam down ke. Tiada rasa macam frust ke apa.

"Kehadiran anak saya ini untuk jadikan saya manusia lebih baik dan bersyukur... saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah," tutur Faizal yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu tiga orang lelaki dan empat orang perempuan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: