17 March 2022

SAMBUT HARI LAHIR KE-37 - NOH SALLEH MOHON TOLONG JAGA NINA & MUSA KALAU DIA SUDAH TIADA



"Alhamdulillah. Dapat hidup sampai hari ini. Terima kasih semua. Buat kalian, kaum keluarga sanak saudara, sahabat kawan, kalian yang mengenali saya, bala keluarga besar Raingers Riot Kidz Hikari, aku sayangkan semua.


"Semoga wujudnya saya selama 37 tahu ini membawa banyak kebaikan daripada keburukan. Semoga wujudnya saya didunia ini selama ini mendatangkan lebih banyak memori yang manis dan bermakna kepada semua yang bertembung berkenalan secara langsung dan tidak langsung.

"Semoga lahirnya saya daripada kandungan ibu saya, sedikit sebanyak membuatkan dunia ini lebih indah daripada kehancuran. Saya manusia biasa yang tidak akan jauh dari melakukan dosa dan kesalahan.

"Saya tahu saya banyak menyakitkan hati ramai orang tapi saya sudah lakukan yang terbaik untuk tidak. Mohon maafkan semua cacat cela saya akhlak lisan kelakuan saya.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun saya selalu lafazkan ungkapan "live forever" tapi realitinya setiap hari saya fikirkan kematian saya. Terlalu banyak kekecewaan dan penyesalan yang saya go thru dalam 37 tahun ini.

"Tapi yang pasti, selama 37 tahun ini saya di guide oleh Tuhan sepenuhnya dan di kelilingi oleh orang orang yang baik hati dan penyayang seperti anda semua.

"Semoga Allah terus merahmati kita semua. Kalau aku tiba-tiba mati dalam masa terdekat ni, tolong jaga Nina & Musa untuk aku. Aku mohon. 37 tahun pada 15 march 2022," itulah tulis penyanyi Noh Salleh yang meninggalkan pesanan ringkas sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-37 yang jatuh pada 15 Mac lalu.



Perkongsian Noh di laman Instagram miliknya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak dengan nukilannya itu. Malah, netizen mengatakan ulang tahun Noh kali ini sudah pasti berbeza ditambah dengan kehadiran cahaya mata.

Dalam status tersebut, Noh memohon maaf andai ada menyakitkan hati sesiapa dan memohon supaya menjaga isteri dan anak mereka, Musa andai dia pergi suatu hari nanti.

Malah, netizen mengatakan ulang tahun Noh kali ini sudah pasti berbeza ditambah dengan kehadiran cahaya mata. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mizz Nina tidak ketinggalan menitipkan doa buat suaminya.

"March 15th was bapak Musa's @mohammadnohbinsalleh's special day, May Allah bless you with a heart that is sound filled with iman & taqwa, May you be the best father and a good role model and live and a life that is content with success in dunya & Akhirah till Jannah, Aameen ❤️," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: