18 March 2022

MIC ON! - ELLY MAZLEIN GANTI AZWAN ALI?



Malam ini, sudah memasuki peringkat suku akhir program Mic On! terbitan Awesome TV dengan menampilkan selebriti popular, Elly Mazlein sebagai pengacara menggantikan Azwan Ali yang digugurkan, baru-baru ini.


Elly yang juga popular dengan panggilan Kak Lina Pom Pom diundang khas untuk digandingkan dengan Issey Fazlisham. Penampilannya dijangka bakal mencuri perhatian penonton dengan karakter selamba dan menghiburkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pemilihan Elly tepat dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep program berkenaan.

"Penampilannya di pentas-pentas besar sebelum ini kerap mendapat pujian ramai khususnya dalam kalangan netizen. Kami yakin, gandingan mereka mampu mencetuskan magis tersendiri. Kami turut berharap, kelainan minggu ini mampu memberikan keterujaan luar biasa buat penonton," katanya.

Klik untuk gambar besar



Selain Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap, penyanyi Adibah Noor diundang sebagai juri jemputan. Selain itu, Naqiu akan mengisi slot SuarNet yang bakal mewakili netizen dan membuat ciapan di platform Twitter sepanjang konsert berlangsung.

Sementara itu, konsert Mic On! minggu keenam Jumaat lalu mencatatkan peningkatan jumlah tontonan memberangsangkan berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Konsert bertemakan 'Dalam Kenangan' itu turut meriah walaupun pertama kali dikendalikan secara solo oleh Issey. Adam berkata, pihaknya gembira dengan prestasi yang dipamerkan Issey minggu lalu.


"Walaupun bersendirian, Issey bijak menguasai pentas dengan cemerlang dan bersahaja tanpa rasa gementar. Pendekatan Issey di atas pentas juga menerima respon baik daripada barisan juri tetap Mic On!

"Mereka nyata terhibur dengan gelagat spontan Issey yang mencuit hati sepanjang konsert berlangsung. Barisan 'Managers' terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Fad Bocey turut menunjukkan keserasian yang ketara sekali gus melancarkan perjalanan konsert," ujarnya.

Untuk konsert suku akhir yang mengangkat tema 'Minggu Komedi' malam ini, seramai sembilan peserta bakal berentap untuk menempa tempat ke peringkat seterusnya sekali gus merebut gelaran juara.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: