18 March 2022

NABILA HUDA LUAH RASA SYUKUR SAHABATNYA, BETTY RAHMAD BERJAYA KHATAM AL-QURAN



"A very special day!! Alhamdulillah @bettyrahmad khatam Al-quran hari ni.. I'm happy for you sahabat ku.. Doakan I dan kawan-kawan kite yang lain khatam lepas ni ok! Terima kasih ustazah kesayangan kami @naveesha91 yang sentiasa ada untuk kami semua..," kata pelakon Nabila Huda yang rasa terharu dan syukur apabila rakan selebriti, pelakon Betty Rahmad kini telah berjaya khatam Al-Quran.


Dalam masa sama, Nabila atau mesra disapa Abil, memohon orang ramai mendoakan buat dirinya agar berpeluang juga untuk khatam Al-Quran. Sementara itu, Betty menerusi laman Instagram miliknya turut meluahkan rasa syukurnya.

"Segala puji bagi Allah swt. Syukur Alhamdulillah for this beautiful journey. Semua Allah dah susun cantik-cantik. Nikmat dan rasa cinta yang sangat luar biasa. Yang banyak ubah diri dan hidup I. Dari merangkak dengan Iqra ke Al-Quran, berhijab, sampai I diberi rezeki khatam sebelum sampai ajal. Walaupun all the time sibuk dengan kerja & anak. Segala pahala buat arwah bapa I dan semoga Al-Quran ini dapat bantu I dekat akhirat nanti.

Klik untuk gambar besar



"Tak pernah imagine. Hidayah yang takkan dapat kalau I tak cari. Dari malas dan tak pandai sampai rasa janggal kalau tak baca Al-Quran dalam sehari. Sedih sebab Allah bagi peluang pada I yg jahil ni untuk rasa nikmat ini. Masuk Al-Quran & berhijrah pada Awal Muharram, dan khatam pada malam Nisfu Syaaban. Semuanya I tak rancang.

"I percaya ramai yang macam I. Kalau dah terdetik, cari, start, jangan berhenti dan jadikan rutin. Its never too late. Mukjizat Al-Quran MasyaAllah I cant put into words 🥺. Thank you suamiku @ardydamis yg sentiasa support dan sama-sama dengan saya. Kakakku @umieaida9 ajak ku join kelas mengaji @kelas_mengaji.personal lepas subuh dulu, Ustazah @_puansrizakiah_ yang banyak ajar saya tajwid.



"Terima kasih Ustazah @naveesha91 yang tak pernah judge kami. Yang ikhlas dan sabar ajar I dari Iqra I hingga khatam Al-Quran. And my ketua darjah @kupu_kupu I doa segala pahala I dapat sepanjang mengaji hingga khatam dapat dekat u jugak. I akan selalu doakan yang terbaik untuk u & kawan mengaji kita yang lain. Thank you jugak yang selalu doa yg baik-baik untuk I doakan I terus istiqomah 🤍🙏," tutur Betty.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah dan syukur atas kejayaan yang dimiliki oleh adik kepada Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: