18 March 2022

KELUARGA MINTA BERITA PALSU NIA RAMADHANI FAILKAN TUNTUTAN BERPISAH DIHENTIKAN SERTA MERTA



Semua sedia maklum mengenai pelakon popular Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardie Bakrie serta pemandu mereka yang dijatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Disember tahun lalu, atas akibat penyalahgunaan dadah sejenis syabu.


Setelah lama menyepi kerana masih menjalani hukuman, tiada angin tiada ribut muncul pula berita yang agak mengejutkan ramai pihak apabila Nia dikhabarkan telah memfailkan tuntutan untuk berpisah dengan suaminya.

Difahamkan melalui Tribunnews, khabar angin telah menular sejak semalam dan membuatkan ramai yang masih tertanya-tanya.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, ini bukan kali pertama perkhabaran pasangan itu berpisah menjadi kecoh dikalangan netizen, malah pada tahun 2019 juga perkara ini diperkatakan ramai.

Bagi menepis berita ini berleluasa, Lalu mara wakil keluarga mereka tampil meminta agar berita palsu ini dihentikan serta merta.

Dalam pada itu, pihak Pengadilan Agama Jakarta Selatan turut bersuara dan mengesahkan nama Nia Ramadhani dan suami langsung tidak dijumpa, sekali gus membuktikan tiada apa-apa tuntutan dibuat oleh pasangan tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: