12 March 2022

AL-FATIHAH - SILAH KILAUAN EMAS KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT C0V1D



Pada jam 10.20 malam semalam, bintang program realiti Kilauan Emas musim ketiga, Silah atau nama sebenarnya Silahuddin Ali, 63, telah meninggal dunia akibat C0V1D di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor.


Berita duka itu dikongsikan isterinya, Norasidah Khamis yang memaklumkan Allahyarham dijangkiti virus itu sejak 4 Mac lalu, namun keadaannya semakin kritikal selepas lima hari.

"Arwah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas paras oksigen semakin menurun. Sebaik tiba di hospital, arwah terus dibawa ke wad kecemasan. Namun, arwah terpaksa ditidurkan kira-kira 15 minit kemudian memandangkan arwah menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

"Jadi, keluarga buat keputusan menidurkannya. Itulah jalan terbaik. Bagaimanapun, arwah dipindahkan ke wad pesakit C0V1D, jam 4 pagi, kelmarin. Keesokannya, doktor melakukan dialisis darah dalam keadaan ditidurkan. Itu juga kali pertama arwah buat dialisis," katanya.

Menurut Norasidah, dalam waktu yang 'genting' itu dia dan anak hanya dapat memantau keadaan Silah dari jauh sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Sepanjang arwah di hospital, saya hanya mampu menghubungi pihak hospital beberapa kali untuk mengetahui keadaan arwah. Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okay, cuma buah pinggangnya sudah teruk, begitu juga paru-paru. Pihak hospital sedaya upaya melakukan terbaik untuk menyelamatkan arwah suami, namun, Allah lebih menyayanginya," jelasnya.

Silah yang juga pemenang tempat ketiga Kilauan Emas musim ketiga meninggalkan sembilan anak dan seorang cucu. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, hari ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: