"Tadi (semalam) pergi buat pemeriksaan, doktor beritahu kata 'placenta previa'. Sejak akhir-akhir ini asyik alami pendarahan. Jika berjalan banyak, angkat anak atau bergerak kasar sikit, pasti berlaku pendarahan.
"Rupa-rupanya uri kat bawah. Lain anak lain sungguh pembawakannya, tapi yang nombor tiga ini memang pelik dari awal," itulah kongsi pelakon Syatilla Melvin, 31, dimana dia kerap mengalami pendarahan ketika hamil anak ketiga sebelum disahkan doktor mengalami masalah 'placenta previa'.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia memang berasa pelik sejak awal kehamilannya itu kerana cukup berbeza sewaktu kehamilan dua anaknya sebelum ini. Syatilla berkata, masalah itu turut memberi kesan kepadanya untuk menghasilkan kandungan kerja untuk promosi di media sosial.
Selain itu, hasrat Syatilla untuk bersalin menerusi kaedah Vaginal Birth After Caesarean (VBAC) juga terbantut, namun reda terpaksa mengguna kaedah pembedahan.
Klik untuk gambar besar
"Tak lalu nak promosi produk sendiri. Sudah berapa lama tak buat 'content' (kandungan). Bila pegang saja produk, rasa meremang nak pening. Jadi nombor tiga ini sah doktor kena 'belah' juga. Baru rancang nak cuba VBAC, tak ada rezeki sungguh. Tiada apalah, apa nak jadi kat ibu sekalipun jadilah. Janji anak ibu selamat sempurna, amin," katanya.
Syatilla berkata, doktor juga memintanya ditahan di hospital apabila kandungannya sudah memasuki 36 minggu nanti dan dia reda sekiranya bersalin ketika Aidilfitri nanti.
Terdahulu, Syatilla mengumumkan dia hamil anak ketiga pada September tahun lalu selepas tiga kali mengalami keguguran. Isteri pelakon Shaheizy Sam itu sangat bersyukur dikurniakan rezeki menimang anak lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment