08 March 2022

ANI MAIYUNI KOMBINASI NAMA NENEK & DATUK: "KALAU LETAK AISHAH AN-NUR PENYANYI DANGDUT, TAK SESUAI DIK"



"Saya bermula dengan pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 dan saya antara finalis bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza waktu itu. Selepas habis pertandingan itu, saya dilamar oleh syarikat FMC untuk buat album berkumpulan iatu Sugar. Jadi dari situ lah bermulanya karier seni saya sebagai penyanyi.


"Cerita dia macam ni, masa saya masih dibawah pengurusan syarikat rakaman FMC, ketika itu saya ni penyanyi kumpulan Sugar. Tapi selepas itu kami berpecah dan antara tiga orang dalam kumpulan Sugar tu hanya saya sahaja yang boleh menyanyi.

"Kebetulan pula waktu itu irama dangdut ni tengah meletup, jadi syarikat rakaman pun bawa saya pergi jumpa penyanyi Iwan untuk uji bakat. Selepas selesai, Iwan pun kata saya boleh menyanyi. Jadi itu lah kisahnya.

Klik untuk gambar besar



"Kemudian Iwan dengan arwah ayah duduk berbincang dengan syarikat rakaman bagi cari nama yang sesuai untuk penyanyi dangdut ini. Jadi Iwan pun tanya nama bapa kau apa, saya jawab Osman.

"Lepas tu dia tanya nama mak pula apa saya jawab Fatimah, eh macam tak sesuai pula. Kemudian dia tanya nama nenek apa, saya cakap Ani, nama datuk pula Maiyuni @ Nayuni, jadi dia ambil Ani letak Maiyuni jadilah Ani Maiyuni.

"Aishah tu kan nama isteri Nabi, jadi sebaiknya pilih nama lain dan ia dirasakan tidak sesuai untuk letak pada penyanyi dangdut. Orang-orang yang nama Aishah tu sesuai nyanyi lagu yang relaks, tengok lah contoh macam penyanyi kak Aishah, bertudung. Kan lebih sesuai kalau tengok.



"Macam saya cakap tadi, kalau letak Aishah An-Nur penyanyi dangdut, memang tidak sesuai dik," kata penyanyi Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman yang telah berkongsi cerita seterusnya mengimbau kembali kenangan ketika di awal penglibatan dalam karier seni lebih dua dekad lalu.

Dedahnya yang sinonim menerusi lagu 'Buaya Cinta dan Sedap' ini, nama komersialnya, 'Ani Maiyuni' tercetus selepas menjalani ujian menyanyi dilakukan. Menurut bintang berusia 43 tahun ini, nama berkenaan rupanya kombinasi nama arwah nenek dan datuknya.

Jelasnya, hal ini berlaku kerana nama sebernarnya iaitu Aishah An-Nur Osman tidak sesuai untuk diguna pakai oleh penyanyi dangdut pada ketika itu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: