09 March 2022

"KARMA ITU PASTI ADA... BAYAR HUTANG SEBELUM SAYA BUAT LAPORAN POLIS" - AZWAN ALI KESAL DIGUGURKAN DARI MIC ON!



"Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada. Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran 'ciput' (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.


"Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya. Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar 'ciput'. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

"Penonton tengok Mic On! sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti. Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya dakwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.

"Tiada surat rasmi diberikan kepada saya. Saya hanya tahu nama digugurkan daripada program itu selepas berita keluar di media. Kenapa keluarkan press release tanpa memaklumkan kepada saya terlebih dahulu? Memang saya ada jawab panggilan daripada Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak sekitar pukul 3.30 petang semalam.

Klik untuk gambar besar



"Tapi waktu itu, saya dalam keadaan mamai, baru bangun tidur sebab makan ubat, tak berapa sihat. Saya tak marah Johan tapi ada salah seorang pengurusan yang bersikap kurang ajar dengan saya. Memang ada beberapa panggilan daripada pihak pengurusan tapi kalau saya tak jawab, kenapa tak mesej saja di WhatsApp?.

"Ikutkan saya memang dah give up nak buat program itu dari minggu lepas. Bila hati dah retak sebab benda seolah-olah nama besar Diva AA diperlekehkan untuk rating. Mesti pihak mereka menafikan tapi itulah hakikatnya. Saya dalam bidang ini sudah lebih 33 tahun, bukan kemasyuran yang saya cari.

"Yang saya cari, bekerja dengan produksi yang hebat, hormat satu sama lain dan tidak mempergunakan saya. Saya tetap akan tuntut bayaran yang sepatutnya. Jangan jadi seperti tahun lalu, saya seperti minta sedekah untuk dapatkan baki bayaran. Bagi saya, jumlah bayaran itu tak penting. Tapi kedarat orang dah kikis, tolong bayar. Selain itu, saya tuntut pihak mereka untuk 'shut up'!



"Kalau mereka masih mengeluarkan kenyataan, saya akan ambil tindakan. Sekarang ini, saya sudah berbincang dengan peguam untuk saman kenyataan mereka yang mengaibkan saya," demikianlah kata pengacara sensasi, Azwan Ali yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak Awesome TV yang mengambil keputusan secara mengejut dengan mengugurkannya dari mengacara program realiti Mic On! musim kedua serta merta.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program tersebut berjalan lancar serta menghormati semua pihak yang terlibat. Bagaimanapun, punca sebenarnya Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA digugurkan daripada program berkenaan tidak didedahkan.

Susulan nama digugurkan daripada Mic On!, Azwan mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak Awesome TV. Azwan juga kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Enggan mendedahkan punca namanya digugurkan, Azwan berkata persoalan itu perlu ditanya kepada pihak Awesome TV sendiri yang mengambil keputusan drastik itu. Dalam pada itu, Azwan turut meminta pihak Awesome TV supaya selesaikan hutang secepat mungkin sebelum dia membuat laporan polis.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: