09 March 2022

ISU CEKIK RUPANYA 'GIMIK' UNTUK PROMOSI DRAMA - IQRAM DINZLY SENGAJA HIDANG 'CONTENT' UNTUK NETIZEN



Semua sedia maklum mengenai pertengkaran yang berlaku antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly dimana sebelum ini heboh diperkatakan. Mona meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya itu dalam melakonkan satu babak aksi. Mona menerusi Instagram berkata, Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.


Dalam pada itu, Iqram tampil menzahirkan perasaan sedih selepas Mona menuduhnya 'psiko' dan meroyan seperti yang sering ditunjukkan di dunia nyata dan media sosial Instagram.

Dalam IG Story itu, Iqram dilihat menangis teresak-esak dan berasa tertekan mengenai perkara itu serta enggan memberikan komen lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Iqram juga reda dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pelakon wanita itu dan telah memaafkannya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, insiden berkenaan ternyata hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu 'Hati Yang Dikhianati'. Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzlycious berkata, kejadian itu hanya gimik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen.

"Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka 'membawang'. Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik. Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai," katanya.

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan Iqram mencekik Mona ketika di set penggambaran hingga mendapat kritikan ramai peminat. Menurut Iqram, dia sudah lali dengan kecaman dan berharap kemunculannya dalam drama itu mendapat perhatian.


"Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan. Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun," ujarnya.

Dalam masa sama, Iqram menjelaskan hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah. Malah dia turut mendapatkan izin suami Mona iaitu pelakon Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.

"Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran. Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontroversi ini akan menerima kecaman. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja. Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: