09 March 2022

VICHA SEDIH SUAMI DITUDUH SCAMMER, PENGEDAR DADAH: "BAGAIMANA PERASAAN ANAK KAMI..."



"Saya sedih bila banyak komen-komen netizen kata ala suami dia tu mesti scammer dan sebagainya, sedangkan keluarga suami saya itu semuanya bekerja sebagai polis. Selain keluarga dia di sana bagaimana pula dengan perasaan anak kami bila dah besar nanti pasti akan sedih bila terlihat di internet mengenai bapanya didakwa scammer atau pengedar dadah oleh netizen.


"Komen-komen yang saya terima itu sangat sakit hanya Tuhan sahaja tahu macam mana kami lalui dugaan berat ini. Takut dengan persepsi negatif orang juga adalah salah satu sebab mengapa saya tidak terbuka berkongsi mengenai suami saya.

"Saya tak tahu kenapa saya rasa seolah-olah orang di sini kurang menerima orang seperti dia tapi kalau di Indonesia ia sama macam orang Malaysia lihat mat salih sahaja. Jadi penerimaan itu berbeza.



"Bayangkan sampai saya pernah ditanya sama ada tidak takut jika nanti saya dijadikan keldai dadah. Saya bukan orang yang bodoh sampai nak terjerumus ke dalam kencah najis itu," kata pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha Saywho yang meluahkan sedih apabila menerima persepsi yang kurang enak dari orang sekeliling terhadap suaminya yang merupakan warganegara Nigeria.

Kata Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, selepas memperkenalkan suaminya dikenali sebagai Johnson kepada umum suaminya dituduh penjenayah atau scammer.

Vicha mengulas mengenai perkara tersebut selepas terkilan dengan penulisan blogger yang mendakwa dia menolak cinta lelaki Melayu menyebabkannya menerima pelbagai komen negatif dan kecaman.



Hasil perkahwinannya dengan lelaki berkulit hitam selama hampir 4 tahun itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Menerima pelbagai pandangan buruk dari masyarakat menyebabkan pelakon yang pernah membintangi '10 Tips Tipu Bini' itu sebelum ini merahsiakan perkahwinannya selama tiga tahun.

Pun begitu Vicha berharap dengan pendedahan yang dibuat itu menutup segala spekulasi sekali gus mengelak daripada difitnah. Untuk makluman, Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: