09 March 2022

BCL PANGGIL REZA RAHADIAN 'SAYANG', TUNJUK AKSI MESRA - NETIZEN MAHU MEREKA 'COUPLE'



Baru-baru ini, aksi penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) bersama pelakon Reza Rahadian telah mencuri tumpuan warga maya apabila sebuah video memaparkan mereka kelihatan bermesra dalam sebuah majlis yang diadakan pada 5 Mac lalu.


Memanggil Reza dengan panggilan 'sayang', BCL ternyata telah membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada dia kini sedang berhubungan cinta dengan aktor kacak itu.

Dalam video tersebut, mereka berdua kelihatan mesra sambil diiringi lagu cinta berjudul 'Kasmaran' yang sedang dipersembahkan oleh penyanyi popular Jaz Hayat.

Maka dengan itu, ramai pula peminat yang memberi cadangan agar kedua-duanya menjalin hubungan kerana BCL juga telah lama kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair sejak dua tahun yang lalu.

Klik untuk gambar besar



Namun ada juga yang tidak bersetuju kerana merasakan BCL lebih sesuai bergandingan dengan vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel.

Sebelum ini, BCL dan Reza pernah berlakon bersama dalam filem-filem Indonesia seperti 'Habibie dan Ainun', 'My Stupid Boss' dan 'My Stupid Boss 2'.

Untuk makluman, BCL telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun, hasil perkahwinannya bersama Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Ashraf kemudian dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung di Jakarta Indonesia.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: