08 March 2022

HILANG 2.5 LITER DARAH - SHIMA ANUAR TAK SANGKA BUANG KEHAMILAN LUAR RAHIM HAMPIR RAGUT NYAWA



"Pengalaman itu satu mimpi ngeri dan sangat menakutkan sehingga saya tidak boleh bercakap atau bergerak langsung. Selepas menjalani pembedahan, saya tidak dapat memberikan sebarang maklum balas sehingga ditempatkan di ICU.


"Saya sendiri tidak menyangka membuang kandungan di luar rahim ini boleh membuatkan saya hampir kehilangan nyawa. Syukur semuanya sudah selamat, cuma terlalu sakit.

"Kena potong di tempat pembedahan ketika bersalin dulu, cuma sakitnya lebih terasa lagi. Saya anggap ini sebagai ujian dan saya reda dengan ketentuan-Nya. Saya tidak sabar hendak pulang ke rumah berjumpa Sophia dan adik.

"Kita sambung panggil Iman adik sajalah kerana 'baby' adik sudah tiada," demikian kata pelakon, Shima Anuar, 31, yang tidak menyangka pembedahan membuang kehamilan di luar rahim, Ahad lalu itu hampir meragut nyawanya apabila dia kehilangan 2.5 liter darah.

Klik untuk gambar besar



Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar berkata, dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kehilangan banyak darah sehingga wajahnya bertukar menjadi putih dan pucat.

Shima terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan, Ahad lalu selepas disahkan hamil luar rahim. Pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira di Instagram memaklumkan dia hamil anak ketiga.

Untuk makluman, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada April 2017. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: