22 March 2022

AWIE: "DIA GATAL SEBENARNYA... BOLEH DITOLAK, TAPI DIA PILIH SEDAP... TERIMALAH BENDA ITU (HUKUMAN)"



Berhubung babak panas membabitkan pelakon popular, Zul Ariffin yang tular, baru-baru ini, pelakon, penyanyi dan penerbit, Datuk Awie berkata, tindakan Zul itu seperti menconteng arang kepada industri hiburan tanah air.


"Itu dia (Zul Ariffin) gatal sebenarnya. Benda boleh ditolak, tapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda itu (hukuman). Pada saya, dia sudah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, khususnya di Malaysia kerana industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.

"Benda itu (babak ranjang) tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah...," kata Awie dengan jawapan 'selamba'.

Menurut Awie, dia tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, namun berpendapat lakonan babak itu boleh dielak bergantung kehendak seseorang pengarah ataupun pelakon.

"Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak. Kalau tidak, maka dia nak 'go' (jadi) profesional dan 'go' profesional ini hukumnya tiada. Dia akan 'all out' (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti.

"Pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu (adegan) ranjang, tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka," ujar yang turut mencadangkan pengarah menggunakan kreativiti untuk menggunakan unsur metafora bagi adegan sebegitu dan bukan secara lakonan fizikal.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: