24 March 2022

"BANYAKKAN DOA DARI TERUS HENTAM... BUANG SIFAT IBLIS DALAM DIRI" - NABIL ANGGAP ALLAH UJI ZUL ARIFFIN



Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad mengakui sedih melihat rakan artis, Zul Ariffin dikecam dan menganggap apa yang berlaku terhadap pelakon itu berkaitan kontroversi klip video ghairah adalah ujian buatnya.


Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kecaman dan hentaman secara berterusan tidak seharusnya berlaku. Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat iblis yang terus menghentam dan mencari kesilapan orang lain.

"Saya melihat ia sebagai satu ujian buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu. Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghentam apabila perkara ini berlaku. Kita kena buang sifat iblis yang ada dalam diri. Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nabil berkata, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman dan justeru itu lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

"Saya jadi takut apabila orang mula marah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita. Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghentam orang lain," jelasnya.



Dalam perkembangan lain, Nabil baru-baru ini telah mengadakan majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang yang menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga ini, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: