24 March 2022

BILA ALIFF SYUKRI BERDEPAN DETIK CEMAS RUMAH TERBAKAR SAMPAI TAK SEMPAT BASUH BERAK



"Pengalaman yang amat menakutkan saya awakkk😢. Apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal saya, PA, maid dan tukang kebun.. melihat asap naik sampai ke atas waktu tu saya sedang berak sampai saya tak sempat cuci berak dan tak perasan langsung terbakar awakk..


"Waktu tu Ada kebakaran.. orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit saya lintang pukang lari 🤕🤕, sampai tak cukup tanah nak lari dah lah rumah saya besar sangat.. saya lari lari tapi tak jumpa jalan keluar.. waktu tu Tuhan je tahu..

"Waktu tu saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja.. tak fikir dah jam mahal, rumah mahal.. Saya buntu dan mengelabah..," itulah tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkongsi pengalamannya berdepan detik cemas yang dihadapi apabila salah satu bilik di kediamannya terbakar.

Klik untuk gambar besar



Menerusi entri itu, Aliff yang turut memuat naik video kekecohan kejadian itu berlaku. Suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan anak-anak serta pekerjanya yang menjerit memaklumkan mengenai perkara itu.

Aliff turut memaparkan katil di salah sebuah bilik di tingkat bawah kediamannya terbakar. Dalam pada itu, Aliff memberitahu, ketika itu dia hanya mahu selamatkan ahli keluarganya keluar dari rumah dan tidak memikirkan mengenai harta benda. 


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: