10 March 2022

BILA CHE TA PAKAI BAJU YANG BOLEH 'SOCIAL DISTANCING', PARANOID KENA C0V1D



"Saya memang sangat berjaga-jaga. Selain melihat baju yang sesuai ke acara dengan padanan tudung dari Jol's Luxe Fabrics ni. Rekaan pada bahu baju saya iaitu puff yang agak besar ni bukan direka sekadar suka-suka tapi boleh dikatakan ia baju social distancing.


"Bila bahu baju ni besar kiri kanan harapnya boleh mengelak orang berhimpit dengan saya ketika bergambar," itulah kata pelakon Rozita Che Wan yang mengakui paranoid setiap kali dikelilingi orang ramai, selepas sebelum ini dia pernah dijangkiti virus C0V1D pada 23 Februari lalu.

Mengambil langkah berjaga-jaga, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia memilih pereka fesyen untuk mencipta busana yang boleh menjaga jarak antaranya dengan orang sekeliling. Berkongsi pengalaman disahkan positif C0V1D, Che Ta berkata dia mengalami simptom yang agak teruk sehingga tidak larat bangun.

Klik untuk gambar besar



"Pengurus hubungi saya selepas sehari penggambaran dengan Han Byul untuk Mai Cheq Deco dan minta saya buat swab test. Saya terus ke klinik dan keputusannya positif.

"Kemudian pada sebelah malamnya, saya mula rasa sakit badan dan diikuti simptom lain seperti sakit kepala, cirit birit, muntah, batuk, demam dan selesema. Sepanjang 10 hari saya memang tak larat bangun serta terbaring sahaja di rumah. Malah, nak melihat telefon pintar sekali pun," kongsinya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: