"Saya malaslah nak jawab tentang hal ini," komen penyanyi Syafiq Farhain yang lebih selesa mengunci mulut ketika ditanya berhubung dakwaan dirinya sudah berkahwin dimana desas-desus mengenai status itu semakin hangat diperkatakan netizen.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 28, dia belum bersedia untuk berkongsi sebarang cerita tentang kisah peribadinya. Malah katanya cukuplah orang yang rapat sahaja tahu status sebenar dirinya.
"Rasanya saya belum bersedia untuk kongsi sebarang cerita peribadi. Tetapi kepada sesiapa yang tahu saya tidak pernah sorok. Cukuplah yang mana tahu sahaja," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Syafiq memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif C0V1D kali kedua pada 1 Mac lalu. Dia tidak mengalami sebarang simptom teruk berbanding jangkitan pertama setahun lalu.
"Saya hanya batuk dan selsema sahaja. Tidak ada simptom teruk berbanding kali pertama terkena C0V1D sebelum ini. Sekarang sudah mula bekerja seperti biasa. Bagaimanapun ada sedikit rasa bimbang kerana tempoh kuarantin hanya seminggu. Saya takut menjangkiti orang lain," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment