10 March 2022

LAUDYA MAHU PILIH LELAKI UNTUK DIJADIKAN SUAMI, ENGGAN BERCINTA LAGI



Pelakon Laudya Cynthia Bella yang melalui fasa kegagalan rumah tangga sebelum ini itu memberitahu dia tidak mahu lagi menjalani proses bercinta dengan mana-mana lelaki. Menurut Laudya, dia lebih memilih seseorang yang betul-betul boleh dijadikan sebagai suami.


"Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti sepasangan kekasih. Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.

"Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun. Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan," ujar Bella.

Untuk makluman, Laudya sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur. Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: