10 March 2022

LOMPAT DI 'SWIMMING POOL' DEK KERANA MENGIDAM - RAMAI RISAU, ELFIRA LOY TAK KISAH DIKECAM



Pelakon Elfira Loy yang kini sedang hamil anak kedua, namun tidak menyatakan usia sebenar kandungannya itu menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik video dia melompat di kolam renang dalam keadaan sarat mengandung dengan berkasut tumit tinggi.


Aksi Elfira itu menerima pelbagai reaksi di media sosial dimana rata-rata netizen meluahkan rasa ngeri dengan tindakan pelakon itu yang dianggap terlalu bahaya bagi wanita yang sedang hamil. Malah ada juga yang memuji sikap berani Elfira yang sanggup melakukan perkara bahaya itu demi mendapatkan rakaman video yang menarik.

"Part lari tu sanggup eh awak! Rayyan dah selamat mandi dalam pool ke tu?" - "Dia lompat kita yang risau. Seriau tengok takut tergelincir." - "Ya Allah Ell, lajunya lari dan lompat tu bahaya la." - "Pakai heel, berlari dan melompat. OMG takutnya tengok," ujar beberapa netizen dan rakan artis.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu dia sudah memikirkan sama ada mahu untuk melakukan aksi lompat itu atau tidak. Katanya, perasaan mahu melakukan itu membuak-buak seperti mengidamkan sesuatu.

Klik untuk gambar besar



Namun, dia mengingatkan agar aksi melompat itu tidak jadi ikutan ibu hamil yang lain. Menurutnya, jika memikirkan tentang perkara buruk yang akan berlaku, banyak sebab boleh terjadi.

"Masa I nak lompat ni sebab I memang fikir semalaman nak buat ke tak. Pastu I tengok macam dekat je. So untuk bekas atlet lompat jauh ni, I rasa ini seperti kacang. Tapi bila sampai dekat memang kecut perut.

"Tapi rasa nak sangat. Rasa nak yang macam orang mengidam makan sabun tu. I rasa mengidam nak lompat ni sebab I plan lama dah nak lompat (tapi I memang tak suggestkan untuk lompat bagi sesiapa yang tak berani).



"Kalau nak fikir 'kalau jadi apa-apa macam mana'. Banyak lagi kalau nak jadi boleh terjadi. So I percaya Allah lindungi. I baca doa sebelum lompat tu (terima kasih sebab risau fasal I). Bila dah buat barulah I fikir kenapalah I buat hehe," ujarnya.

Selain itu, Elfira turut menjelaskan dia lebih selesa berlari memaki kasut tinggi berbanding kasut yang tiada tumit: "I banyak tersandung pakai kasut flats dan sport shoes dari pakai heels. Thats why I can run with heels but not with sandals. Kawan-kawan I semua tahu. So this little heels it's like flat to me. We are born different ways ok," tulisnya.

Semantara itu, menerusi satu posting di Insta story berikutnya, Elfira sempat mengulas mengenai tindakannya yang mengundang kecaman orang.



"Fasal orang suruh I get ready kena kecam tu, I rasa kalau korang jenis suka cakap buruk fasal orang lain, tak perlulah salahkan orang lain ye. Tu memang perangai semula jadi anda.

"Banyak je post baik-baik I post, seperti makan cake bersama keluarga tapi takde pulak orang nak comment banyak-banyak. Jadi itu memang pilihan anda.

"But I do have a lot nice friends on Instagram that cares about me & definitely know how to say it nicely because they know me. ELFIRA LOY MEMANG MACAM TU.

"So I don't mind anymore. I pun dah tua lah. Tak kuasa dah nak kisah pasal mulut orang, tu korang punya pasallah," tegas Elfira yang berkahwin dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki Rayyan pada 1 Oktober 2019.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: