28 March 2022

BILA NETIZEN PUAS HATI LIHAT VIDA KENA MAKI DENGAN PELAKON MESKIPUN HANYA GIMIK



Selepas berakhir program Big Stage 2022 malam tadi, hangat diperkatakan mengenai babak dimana Kiah Propa memaki hamun dan memarahi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.


Kiah Propa tampil di pentas dengan membawa senduk dikatakan mewakili suara netizen yang tidak berpuas hati dengan tugas dipikul usahawan itu sebagai Presiden Netizen.

Difahamkan, kemunculan Kiah Propa dipentas adalah untuk mempromosikan drama 'Jangan Menangis Cinta' yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Klik untuk gambar besar



Meskipun hanya gimik untuk mempromosikan drama, namun rata-rata netizen berpuas hati melihat usahan itu dihamun oleh pelakon berkenaan.

Malah, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas gimik berkenaan kerana dalam masa sama mewakilkan kemarahan netizen terhadap Vida.

Sementara itu, Vida yang mengakui terkejut dengan kata-kata Kiah Propa berkata dia sudah memberikan yang terbaik memikul tugas sebagai Presiden Netizen dalam program berkenaan.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: