28 March 2022

"SAYA DAH LALUI BEBERAPA PENGALAMAN HIDUP..." - NATASHA HUDSON KEMBALI BERGELAR ISTERI KALI KELIMA



Tiada angin tiada ribut, pelakon Natasha Hudson kini dikhabarkan telah selamat kembali bergelar isteri secara diam di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, semalam. Natasha memilih jejaka yang berusia lebih muda dikenali sebagai Jay Jasmin.


Meluahkan rasa syukur hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin, Natasha dalam pada itu turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya serta perhubungan mereka diberkati Allah.

Pelakon berusia 39 tahun itu berkata, dia memilih Jay kerana banyak persamaan antara mereka. Difahamkan, Natasha berkawan rapat dengan Jay ketika menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah lalui beberapa pengalaman hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan dalam membina hidup bersama. Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hati pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluaraganya.

"Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya dah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila.


"Untuk kali ini saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini," katanya.

Terdahulu, Natasha pernah berkahwin kali pertama dengan Mohd Faiz pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan. Kemudiannya kali kedua pula, Natasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007, namun hanya bertahan dua tahun sahaja.

Perkahwinan kali ketiga, Natasha bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza selepas mendirikan rumah tangga pada April 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Selepas itu, Natasha berkahwin buat kali keempat dengan Noor Nashriq dimana ia mampu bertahan selama setahun sebelum bercerai pada Oktober 2019.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: