29 March 2022

BILA SHAZA BAE & NADHIR NASAR PULA DIKECAM DEK BABAK DUKUNG: "SAMA JE CAM ZUL RIPIN"



Lepas reda isu pelakon Zul Ariffin yang sebelum ini dikecam teruk setelah memuat naik video babak panas dalam drama 'Perempuan Itu', timbul pula video baru yang turut menerima kritikan.


Melihat pada video dimuat naik oleh pelakon baru, Shaza Bae di laman sosial, menunjukkan di sebalik tabir salah satu babak drama lakonannya bersama pelakon Nadhir Nasar dipercayai sebagai suami isteri.

Apa yang menjadi perhatian adalah babak di mana Nadhir mendukung Shaza sehingga 'off camera'. Kata Shaza di kapsyen, mengikut skrip Nadhir sepatutnya tidak perlu mengangkatnya pun.

Perbuatan itu mendapat kritikan ramai netizen di ruangan komen yang membangkitkan semula isu video panas Zul Ariffin. Rata-ratanya mengecam dua pelakon itu kerana tidak menjaga ikhtilat apatah lagi ia tidak dituntut oleh skrip.

Klik untuk gambar besar



KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: