29 March 2022

"ALLAH AJAR MAAFKAN ORANG YANG BUAT SALAH PADA KITA, TAPI AMAT SUSAH UNTUK IKUT..." - MICHAEL ANG



Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menerusi muat naik di laman Instagram miliknya mengakui dirinya berdepan dilema. Meski statusnya kini sebagai mualaf, Michael maklum sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan orang lain.


Bagamanapun, pengarah berusia 46 tahun ini yang sudah hampir lima tahun memeluk agama Islam itu mengakui bukan satu perkara yang mudah untuk berbuat demikian.

"Allah ajar kita untuk maafkan org yg buat salah pada kita. Tapi kadang-kadang amat susah untuk mengikut ajaran tu! Lebih- lebih lagi bila hati kata maafkan. Tapi kepala otak cakap jangan maafkan dan berlembut hati. So mana satu nak ikutkan?" tulisnya.

Terdahulu, Michael memaklumkan bahawa dia telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu, pada sekitar April 2019.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: