27 March 2022

CHUBB-E KECEWA TULAR GAMBAR BERSAMA WANITA SEKSI: "KAU TUNGGU DIK, AKU CARI KAU"



"Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau letak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau," demikian respon penyanyi dan pelakon Chubb-E menerusi Instastory yang tampil bersuara untuk mencari 'dalang' yang menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial.


Semuanya bermula apabila beberapa keping gambar menunjukkan dia bersama seorang wanita seksi tular. Menurut laporan, gambar itu adalah sedutan daripada video muzik lagu terbaru berjudul Rambang, nyanyiannya bersama Zyc.

Berdasarkan gambar yang tersebar itu, seorang wanita dilihat sedang duduk di 'arm rest' yang diduduki Chubb-E. Apa yang membuat ia mendapat perhatian adalah model wanita itu dilihat hanya memakai jaket menutupi lengan dan belakang sementara bahagian lain dibiarkan terdedah.

Klik untuk gambar besar



Beberapa lelaki dipercayai penari di dalam video muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita berkenaan. Justeru, ramai netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu seksi.

Kata Chubb-E, dia sangat kecewa apabila gambar itu sengaja disebarkan oleh individu tertentu. Difahamkan, lagu dan video muzik 'Rambang' itu bakal dilancarkan di semua platform penstriman muzik esok.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: