27 March 2022

"SAYA AKUI BIMBANG SEKIRANYA HATI BERBOLAK-BALIK" - NELYDIA DALAM PROSES BELAJAR & ISTIQAMAH



"Saya sebenarnya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana saya sebenarnya masih dalam proses pembelajaran. Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.


"Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah. Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

"Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat," jelas pelakon Nelydia Senrose yang berkata dia dalam proses belajar dan istiqamah, sejka mula bertudung sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada Disember tahun lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nelydia berkata dia mahu menjadi muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik. Tambah Nelydia lagi, keputusannya untuk bertudung tidak menjejaskan kerjaya seninya, malah dia sudah mendapat beberapa tawaran berlakon.

Sejak bulan lalu, perkongsian adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini menjadi perhatian apabila dilihat tampil berhijab. Namun begitu, Neldyia tidak mengumumkan mengenai perkara itu, sebaliknya memberitahu dia tidak mahu imejnya menjadi perhatian ramai.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: