27 March 2022

ANAK LAN SOLO HIDAP ASMA ALAMI SESAK NAFAS - DOKTOR SAHKAN ADA HABUK PADA SALURAN DARAH



"Ketika dalam kereta, Akid mengadu susah hendak bernafas. Dia sendiri susah nak jelaskan bagaimana keadaannya. Maklumlah budak kecil lagi. Jadi saya terus bawa dia ke bahagian kecemasan dan dia terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan lanjut," kongsi penyanyi Lan Solo mengenai anak lelakinya yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatran di Kuala Lumpur selepas mengalami sesak nafas pada malam Sabtu.


Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 37, anaknya bernama Muhammad Akid Qassyaff, 7, mengadu sukar bernafas ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu program di ibu kota.

Jelas Lan lagi, anaknya kini dalam keadaan stabil namun masih menerima bantuan pernafasan selepas pemeriksaan doktor mendapati terdapat habuk kotor pada saluran darah yang mengakibatkan Akid sukar bernafas. Tambahnya, anaknya itu sebelum ini sudah disahkan mengalami asma.

"Doktor memberitahu ada habuk pada saluran darah anak saya. Ia terjadi mungkin disebabkan dia terlalu sensitif dan gemar bermain di luar. Akid memang ada masalah asma sejak usia empat tahun cuma sudah lama dia tidak mengalami situasi teruk begini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan tahu keadaan kesihatan anak ketiganya itu, Lan juga sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan akan terus membawa Akid menerima rawatan jika berlaku sedemikian.

"Sejak kami tahu Akid ada asma, memang sentiasa bersedia jika melihat dia mengalami kesukaran bernafas. Lebih senang untuk terus bawa menerima rawatan kerana pusat perubatan tersebut sudah mempunyai rekod kesihatan anak saya dan mereka tahu ubat terbaik untuk Akid," ujarnya.

Untuk makluman, Lan mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim pada Disember 2009. Selain Akid mereka juga mempunya tiga orang cahaya mata lain iaitu Nur Amna Qaleesya, 10, Nur Amna Qeesyara, 8, dan Nur Amna Quzandra, 4.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: