27 March 2022

HAMPIR 4 BULAN TINGGAL BERSAMA - ROSYAM NOR SEDIH CUCU LELAKI PERTAMANYA BAKAL PINDAH



Pelakon Datuk Rosyam Nor mengakui mula berasa sedih apabila akan berpisah dengan cucu lelaki pertamanya tidak lama lagi, setelah hampir empat bulan tinggal bersama, sejak kehadiran cucu keempat itu pada November lalu.


Ini kerana kata Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor, dia sudah terbiasa dengan rutin untuk bermain dengan bayi berkenaan yang diberi nama Muhammad Raees Mikael. Pelakon filem 'KL Gangster 2' ini turut mempunyai tiga orang cucu perempuan hasil perkahwinan anak sulungnya.

"Alhamdulillah, cucu lelaki saya dah memasuki usia empat bulan. Sekarang ini dia tinggal dengan saya sebab masa nak bersalin dulu anak saya pindah duduk di rumah.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin tak lama lagi dia akan pulang ke rumah mereka semula la. Memang agak sedih tapi tak apa, rumah kami dekat-dekat saja. Setiap kali sebelum atau selepas pergi kerja, mesti saya akan cari cucu dulu. Anak-anak pun dah besar, jadi kita cari cucu la," ujarnya yang dipetik sebagai kepada kepada mStar.

Dalam pada itu, menurut pelakon berusia 55 tahun ini, dia teruja apabila bakal menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri bersama empat orang cucunya.

"Suasana saya memang berbeza, lagi-lagi Ramadan dan raya akan datang ini. Kalau sebelum ini, sambut dengan anak, kali ini dengan cucu-cucu," katanya.


Pada November tahun lalu, Rosyam berkongsi kegembiraan apabila menimang cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan selama 32 tahun. Anak perempuan Rosyam iaitu Nur Anis melahirkan bayi lelaki di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan, Selangor pada 16 November tahun lalu.

Sementara itu, Rosyam memberitahu dia sudah mengotakan janji untuk memberi ganjaran sebanyak RM1,000 kepada individu yang menjumpai kucingnya yang hilang baru-baru ini.

"Seperti yang saya janjikan, saya beri ganjaran RM1,000 kepada orang yang menjumpai kucing saya iaitu Datin Dr Rozana. Pekerja dia hubungi saya cakap kucing ada di rumahnya. Mula-mula Datin tak nak terima duit ganjaran itu. Tapi saya cakap dekat dia, saya dah simpan niat. Barulah dia terima tapi duit itu disedekahkan kepada masjid," ceritanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: