27 March 2022

JAGA HINGGA AKHIR HAYAT - BEKAS ISTERI JELAS AMRAN TOMPEL MENINGGAL KERANA SAKIT TUA, BUKAN KANSER USUS ATAU C0V1D



Bekas isteri pelakon dan pelawak, Allahyarham Amran Aman Ramli atau dikenali Amran Tompel iaitu Anas Salmee Syed Mohammad, 54, tampil menjelaskan, kematian bekas suaminya itu adalah disebabkan sakit tua dan bukan akibat kanser usus atau C0V1D.


"Dia meninggal dunia sama sekali tiada C0V1D dan bukan dalam kuarantin. Dia negatif dan tidak ada sesak nafas pun. Saya yang jaga dia 24 jam. Cuma seminggu lebih sebelum meninggal, dia tiada selera makan, tak respons cakap orang dan sentuh badan pun dia rasa sakit. Malah, sebelum itu juga dia ada cakap nak pergi cari makan yang sedap-sedap.

"Tapi, saya cakap tak boleh sebab kes C0V1D tinggi dan boleh beli serta bawa balik rumah. Sepanjang dia sakit, kaki bengkok sebab angin ahmar. Tapi apabila meninggal kaki lurus dan pengurusan jenazah pun senang," katanya yang turut memberitahu arwah mula diserang angin ahmar kali pertama pada Mei 2015, kedua pada 2016 dan ketiga pada Mac 2020 hingga terlantar.

Tambah Anas Salmee, dia mengurus dan menjaga arwah sejak terlantar akibat strok bermula Mac 2020 sehingga menghembuskan nafas terakhir, meskipun sudah berpisah hampir tujuh tahun. Malah, menurut Anas Salmee hubungannya dengan bekas suami juga masih baik biarpun selepas bercerai pada Mei 2015.

Klik untuk gambar besar



Anas Salmee Syed Mohamad, 53, berkata perasaan sayang, hormat dan rasa tanggungjawab mendorong beliau untuk menjaga Allahyarham. Dalam pada itu, beliau berkata, arwah Amran Tompel tidak banyak kerenah dan mudah dijaga sepanjang tempoh Allahyarham sakit terlantar.

"Hubungan saya dengannya tetap baik selepas berpisah pada Mei 2015, malah kami sering bertanya khabar. Berakhirlah urusan arwah di dunia ini dan kami bersyukur dapat mengurus serta menjaga arwah hingga akhir hayatnya.

"Rutin harian saya setiap hari selepas solat subuh, saya akan tengok dia sekejap, bagi dia makan dan pastikan makan ubat mengikut masa. Namun sejak beberapa hari lalu, keadaannya agak murung dan tidak memberi respons seperti biasa serta tiada selera makan.

"Sepanjang abang (Allahyarham Amran Aman Ramli) sakit dia tak pernah cakap mengenai kematian. Dia selalu cakap keinginan nak ke Kuala Lumpur jumpa adik beradik, pergi makan dengan anak-anak dan balik jumpa mak saya. Semangat dia kuat."


"Saya menjaga dia dari Mac 2020 iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga dia meninggal. Semalam, saya di rumah dan tengah masak. Selepas saya bersihkan, tukar lampin pakai buang, alas, selimut dan beri dia minum pada jam 2.36 petang, saya masak.

"Kemudian, saya nak makan dengan anak. Sebelum itu, nak tengok dia dulu yang berada di ruang tamu. Ketika itu dia sudah tak bergerak. Saya panggil anak suruh tengokkan dan cakap ayah sudah tiada. Masa tu jam 4.40 petang," kongsinya lagi.

Petang semalam, Amran Tompel disahkan meninggal dunia pada usia 72 tahun di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 9.20 malam di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang, Negeri Sembilan.

Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata Suhaila Amran, 29, Shafiq Amran, 28, Suhairie Amran, 24, dan Suhaili Amran, 22.

Sebelumnya, Amran Tompel pernah berkahwin dua kali namun tidak dikurniakan anak. Arwah adalah anak kepada pelakon, pelawak serta pengarah, Allahyarham AR Tompel, dan aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar 1990-an.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: