27 March 2022

BILA AEDY ASHRAF LAMAR AMELIA HENDERSON JADI 'GIRLFRIEND' DEPAN PENTAS



"Amelia Henderson, would you be my girlfriend? (Sudikah awak menjadi teman wanita saya?)," itulah kata pelakon Aedy Ashraf yang membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson di depan pentas ketika menjayakan Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


Tiada angin tiada ribut, aksi romantis aktor berusia 29 tahun itu dirakam oleh peminat dan pengunjung yang hadir dan tular di aplikasi TikTok. Menerusi video itu, Aedy dilihat melutut kononnya berpura-pura mengikat tali kasut sebelum melamar Amelia.

Tidak mengambil masa panjang, Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 27, menjawab 'yes' sebagai tanda setuju sambil disambut sorakan orang ramai sekaligus membuatkan Aedy teruja berlari gembira.

Klik untuk gambar besar



Dalam video tersebut, Aedy atau nama sebenarnya Mohamad Addy Ashraf Rosmadi, juga memberitahu yang dia menunggu dua tahun untuk melamar aktres kacukan India-Scotland itu.

Terdahulu, kisah percintaan mereka mula menjadi perbualan peminat semenjak bergandingan dalam drama 'Kisah Cinta Kita' yang bersiaran pada November tahun lalu.



KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON
 
VIDEO 1



VIDEO 2









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: